Operasi menyelamat dilancarkan pada siang tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi sabtu 8 Mac 2014.
Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi tadi. Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi tadi.
Pesawat B777-200 tersebut dikatakan terputus komunikasi dan hilang dari hubungan radar ketika ia di ruang udara yang dikawal Vietnam.
Gambar menunjukkan arah penerbangan pesawat B777-200. Media di seluruh dunia turut membuat liputan mengenai kehilangan pesawat tersebut. |
"Penerbangan itu membawa 227 penumpang (termasuk 2 bayi), dan 12 anak kapal," kata MAS dalam kenyataannya.
"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu," tambahnya.
Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.
MAS berkata pihaknya akan memberitahu perkembangan terkini tentang situasi tersebut. Orang awam boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.
Dalam kenyataannya, MAS berkata ahli keluarga penumpang boleh hadir ke Bangunan Sokongan Fasiliti di Zon Selatan Sokongan KLIA.
Selagi kisah yang sebenar belum diketahui, pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishamuddin menasihatkan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kehilangan pesawat tersebut.
Diharapkan semua penumpang terselamat dan berada dalam keadaan yang baik.
Sd..