Khamis, 6 Mac 2014

PERLANTIKAN PEHIN SERI SEBAGAI TYT NEGERI SARAWAK BANGKITKAN KETAKUTAN KEPADA PAKATAN RAKYAT



Susulan daripada pengunduran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menerima pelantikan sebagai TYT Negeri Sarawak, Ahli Majlis Tertinggi Kerja PBB Sarawak yang bersidang pada 8 Februari dan diikuti Ahli Parlimen dan ADUN BN Sarawak yang bersidang pada 9 Februari sebulat suara bersetuju mencadangkan Ketua Menteri Sarawak itu dilantik ke jawatan TYT Sarawak sebagai membalas dan mengenang jasa pejuang politik negeri Sarawak sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri selama 33 tahun.

( Selepas menandatangani watikah pelantikan itu, Taib mengangkat sumpah jawatan
di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini yang turut dihadiri Adenan )

Biarpun majoriti rakyat dan pemimpin Sarawak bersetuju Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik ke jawatan TYT Negeri Sarawak, terdapat suara minoriti pemimpin Pakatan Pembangkang yang tida bersetuju dengan cadangan itu.

PAS Sarawak mula-mula menunjukkan reaksi negatif menerusi kenyataan Pemuda PAS Pusat sejurus selepas cadangan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai TYT Negeri Sarawak.

Tidak cukup dengan itu, PKR Sarawak menerusi wakilnya di Semenanjung Malaysia telah menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menghalang pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TUT Negeri Sarawak.

Manakala, DAP Sarawak menerusi pemimpin mereka yang kebanyakannya peguambela telah membawa permohonan menghalang Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai TYT Negeri Sarawak (Ex-Parte) ke Mahkamah Tinggi Sarawak.

Wong King Wei ADUN Padungan selaku wakil DAP Sarawak juga telah ‘berdebat’ dengan Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak/Sabah yang diketuai Chew Soo Ho. Namun perdebatan selama 2 jam 30 minit itu pun tidak memihak kepada DAP apabila Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan pada jam 14.30 petang bahawa permohonan DAP Sarawak dibatalkan tanpa sebarang bayaran kos mahkamah.



Persoalan sekarang, kenapa Pakatan Pembangkang terlalu takut kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Negeri Sarawak?


Kisah selanjutnya boleh klik di sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan